Kelas Kaedah Membina Katalaluan Selamat

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 07 November 2020 pada hari Sabtu, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung di halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai bertajuk Kaedah Membina Katalaluan Selamat.

Siaran langsung ini mengunakan laman web Streamyard yang dihubungkan terus ke halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai. Siaran langsung di halaman Facebook ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang kepentingan katalaluan yang kukuh. Para penonton diajar tentang kaedah membina katalaluan yang kukuh. Pada masa yang sama juga, penonton didedahkan berkenaan jenis katalaluan yang perlu dielakkan daripada digunakan. Tips mengenai mengekalkan keselamatan katalaluan juga turut diberita. Penonton juga diingatkan tentang bahayanya laman web palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali